10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kaderdakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia
tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini
sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu
muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10
Muwasofat.
BerkataIman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini ‘Wajib ke atas setiapmuslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat
dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan
ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul
tanggungjawab amal Islami’
1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Pendetailan Ciri:
1. Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg mathur 2. Tidak berhubung dengan Jin 3. Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin 4. Tidak menenung nasib 5. Tidak mendekati tukang tilik 6. Tidak mengusap kubur 7. Tidak meminta bantuan dari simati 8. Tidak bersumpah dgn selain Allah 9. Tidak mempercayai adanya sial 10. Mengikhlaskan amal kerana Allah 11. Mengimani rukun-rukun Iman 12. Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat 13. Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh 14. Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt 2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Pendetailan ciri: 1. Tidak menolak utk azan 2. Bersuci dgn sempurna 3. Sangat menghargai solat berjemaah 4. Sangat suka berjemaah di masjid 5. Memperbaiki mutu solat 6. Qiamullail seminggu sekali 7. Menunaikan zakat 8. Berpuasa wajib 9. Berpuasa sunat sehari setiap bulan 10. Ada niat utk menunaikan haji 11. Beriltizam dgn adab-adab tilawah 12. Khusyuk ketika membaca al-Quran 13. Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran 14. Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan 15. Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar 16. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat 17. Menjauhi dosa-dosa besar 18. Sentiasa membaca zikir pagi 19. Sentiasa membaca zikir petang 20. Mengingati Allah swt pada setiap situasi 21. Menunaikan Nazar 22. Menyebarkan Salam 23. Menahan anggota dari perkara haram 24. Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang 25. Menggunakan sugi/siwak 26. Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin 3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Pendetailan Ciri:
1. Tidak takabbur 2. Mempunyai pendirian 3. Tidak menipu 4. Tidak mencaci 5. Tidak mengadu domba 6. Tidak mengumpat 7. Tidak berdusta 8. Tidak mengejek 9. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan 10. Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk 11. Mengasihi orang yg lebih muda 12. Menghormati orang yg lebih tua 13. Menunaikan janji 14. Menundukkan pandangan 15. Menjaga rahsia 16. Menutup dosa orang lain 17. Cemburu terhadap isteri 18. Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya 4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Pendetailan Ciri:
1. Mejauhi pekerjaaan yang haram 2. Menjauhi riba 3. Menjauhi judi 4. Menjauhi penipuan 5. Menunaikan zakat 6. Membuat simpanan walaupun sedikit 7. Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan 8. Memelihara harta awam 9. Memelihara harta peribadi 5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
1. Mampu membaca dan menulis dgn baik 2. Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran 3. Memelihara hukum-hukum tilawah 4. Menghafaz setengah dari hadith 40 5. Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin 6. Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting 7. Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga 8. Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci 9. Mengetahui hukum-hukum solat 10. Mengetahui hukum-hukum puasa 11. Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu 12. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden 13. Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam 14. Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng 15. Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga 16. Mendengar dengan baik 17. Mampu memberikan pandangan 18. Bersedia menerima tugas-tugas kolektif 19. Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita 6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan
Pendetailan Ciri:
1. Bersih tubuh badan 2. Bersih pakaian 3. Tempat tinggal yg bersih 4. Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum 5. Tidak berjaga malam berlebihan 6. Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu 7. Bangun sebelum terbit fajar/subuh 8. Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan 9. Meninggalkan tabiat merokok 10. Menjauhi tempat-tempat kotor 11. Menjauhi tempat-tempat berpenyakit 7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Pendetailan Ciri:
1. Menjauhi perkara-perkara haram 2. Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan 3. Meninggalkan tempat-tempat maksiat 8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Pendetailan Ciri:
1. Bangun awal 2. Menggunakan masa tertentu utk belajar 9. Tersusun dalam urusan
Pendetailan Ciri:
1. Penampilan yg elok 2. Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam 10. Berguna untuk orang lain.
Pendetailan Ciri: 1. Menunaikan hak ibu bapa 2. Menyertai majlis-majlis kegembiraan 3. Membantu orang-orang yg memerlukan 4. Membimbing orang yang sesat 5. Berkahwin dgn pasangan yg sesuai |



Waa.. bnyak sangat tuh tulisan, bagus betul tuh!
By: teriohadi on November 14, 2008
at 8:24 am
alhamdulillah…nie saja yg mampu saya upload utk setakat nie…insya-Allah…cuti sem nie…saya akan edit semula blog..terima kasih sudi view blog saya…:)
By: mastura87 on November 15, 2008
at 4:03 pm