Posted by: mastura87 | January 14, 2010

New blog

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt

Sila ziarah ke blog baru ana, http://mastura87.blogspot.com

Harap maaf, blog ini tidak akan di ‘update’ lagi…

Advertisements
Posted by: mastura87 | May 1, 2009

Boy over flowers

Bismillahhirahmanirrahim…

Salam ukwah buat semua…lama rasanya ana tidak mengedit blog Seteguhkasih…bukan kerna lupa, cuma ana lebih byk menghabiskan masa dgn mengedit blog Andai itu takdirnya…

Untuk kali nie…ana ingin berkongsi sebuah citer korean…tajuknya “Boy Over Flowers”…ana boleh katakan citer nie best la jugak…cuma terlalu pjg…ana menghabiskan sehari lebih…untuk menonton drama yg mempunyai 25 episodes…citer nie org kata mcm meteor garden…entah la, itu ana xleh nak comment…sbb ana xtgk pun meteor garden…tp citer nie byk mengajar ttg percintaan dan juga persahabatan…boleh la, kalo nak release tension…tgk la citer nie…kelakar pun kelakar…

Dlm drama nie, ada satu kumpulan F4..4 org anggota n smuanya lelaki…berkawan sejak kindergarten smpai sek men…mempunyai sikap yang berbeza tp bersatu hati…saling tlg-menolong antara satu sama lain…seronokkan kalo mempunyai sahabat yang sejati…biasa la, kalo citer korea mesti ada konflik percintaan…em…lebih kurang sama kot ngan citer2 korea yang lain…xberapa seronok nak citer psl percintaan…myb sahabat sekalian leh tgk sendiri…

Yg bestnya, lagu dlm citer nie semuanya best2 belaka…xthu la, sape yang nyayi…tp kena la dgn telinga ana…walaupun xthu mcm ne nak pronounce…he3…lagu2 kat bawah nie..antara lagu yang ana dlm B.O.F….layan je…hahaha

Posted by: mastura87 | January 28, 2009

Ketentuan Allah

Photobucket

Alhamdulillah…skg nie,ana sedang cuti mid sem…walaupun xlama,tp cukup utk mengubat rindu ana pd keluarga…sem nie,terlalu byk kejutan buat ana…peristiwa yg tak d’sangka2 berlaku…inilah dugaan hidup yg harus ana lalui…insya-Allah,semuanya akan dipermudahkan olehNya…Amin

keputusan temuduga utk projek mobiliti pelajar telah keluar…Alhamdulillah…4 org pelajar bagi Pendidikan Sains telah dipilih…

i. Salinatul Saadiah

ii. Salehah

iii. Ainurrahmah

iv. Nur Mastura (ana)

Saat ana menerima sms drpd DR NORAZAH, mmg ana berdebar2…ana tdk mengharapkan pe2 drpd temuduga tersebut…mungkin ini rezeki yg Allah berikan kpd ana…mencari pengalaman di negara org…tambahan pula, ibu bapa ana b’sungguh2 menyuruh ana mengikuti projek mobiliti ini…tak sampai hati pula ana ingin menghancurkan harapan mereka…akhirnya, ana menghantar borang utk mengikuti projek mobiliti ini…ana bartawakal segala2nya kpd Allah…Sesungguhnya Dia yg lebih Mengetahui…

Insya-Allah…kalo xde aral yg melintang ana akan berangkat ke Surabaya awal bln 5 nie…menimba ilmu dan praktikal mengajar di sana…mudah2an segala2nya berjalan dgn lancar…

Rakan2  tolong doakan keselamatan dan kesejahteraan ana di sana…Amin

Posted by: mastura87 | January 17, 2009

My new blog

Assalamualaikum…
utk makluman sahabat sekalian…ana sudah mempunyai satu lagi blog…mastura87.blogspot.com…blog kedua ana nie,lebih kpd perbincangan tentang agama dan isu semasa…Insya-Allah,dpt jua kita sama2…berkongsi pendapat dan pandangan…
Akan tetapi…blog ana nie,masih bergerak aktif…blog nie secara rasmi ana jadikan sbgai blog yg menceritakan ttg kehidupan ana sbagai seorg anak,kakak,pelajar,sahabat n muslimah…pengalaman hidup ana…kpd sahabat yg setia membaca blog ana…syukran jazillah…sudi2 lah melawat blog baru ana jua 🙂 …

Posted by: mastura87 | January 16, 2009

~binggung~

Photobucket

sebenarnya, begitu byk yg perlu ana fikir kan…salah satunya, patutkah ana menerima tawaran utk membuat praktikal di Indonesia….binggung2…ada baik dan juga buruknya…persoalan yg utama adakah ana sudah sedia utk merantau d’negara org….???
ari nie, ana dan beberapa rakan yg telah d’pilih perlu menghadiri interview…family ana tidak melarang dan tidak menyuruh…semuanya t’pulang pd ana…sgala kptusan ana…mereke terima seadanya…alhamdulillah, mereka tetap memberi sokongan yg sepenuhnya….
peluang yg dtg nie xmgkin berulang kali…akhirnya, ana redha dgn segalanya…ana akan pergi jua interview nie…Jika mmg ana berjaya,itu adalah rezeki yg Allah kurniakan utk ana…syukur…Alhamdulillah…Jika sebaliknya, mungkin Allah ada rancangan yg lain utk hambaNya yg kerdil ini…
Ana tidak menaruh harapan yg tinggi…ana pasrah segala takdir yg d’tentukan….mohon,agar sahabat sekalian…doakan yg terbaik utk ana…Amin

Posted by: mastura87 | January 8, 2009

Kelas Malam

Photobucket

Migu nie…k’bykkan class sudah bermula…mcm biasalah stdnt FPEND…problem dftr kursus…de sbjk clash la…xleh dftr la…mcm2 lg la…huhu…nie lah dugaan stdy…tp Alhamdulillah…semuanya sudah selesai…terima kasih utk semua yg b’kerja keras…

  • Dr Norazah (penyelia program pendidikan SAINS )
  • Ayu Afzanani (coursemate )
  • rakan karib ana ( yg telah byk m’bantu ana )

Hampir kesemua pljr thn3 m’punyai masalah utk m’dftr sbjk kaedah math/fiz/kim/bio…p’jumpaan antara penyelia n pljr pun telah d’adakan…akhirnya, class utk sbjk nie t’paksa d’adakan pd waktu mlm…huhu 😦

Semalam m’rupakan hari pertama…bagi class kaedah fiz…ana drive sorang2…xde partner utk g sama2…takut mmg takut…sbb xbiasa drive mlm…tp ana harus cekal…”wajib g class”

Mungkin s’bagai peringatan utk ana…myb jugak utk sahabat sekalian…ana hampir t’langgar divider jalan…ana mmg rabun silau…d’tambah dgn skill m’mandu yg masih baru nie…alhamdulillah, ana x mengalami apa2 kecederaan…syukur…spjg p’jalanan ana tdk t’lps selawat dan zikir…mudah2an smua slmt…

Abis class…sahabat ana,Fazleen yg byk m’bantu…syukran Fazleen, sudi teman ana sampai ke kolej…walaupun, waktu tue sudah menganjak pkul 1030 mlm…d’tambah dgn rasa k’letihan…anti sudi jugak m’bantu ana…insya-Allah, jasa anti akan ana kenang smpai bila2…

Posted by: mastura87 | January 8, 2009

keliru???

Sbnrnya…persoalan yg timbul nie,sudah lama aku fikirkan. Rasanya aku nak tukar kata ganti nama “aku” kpd “ana atau saya”…lebih sedap d’dgr n lebih sopan…

Tahun baru…azam pun baru…berubah m’jadi lebih baik drpd yg lepas…INSYA-ALLAH

M’perolehi ANUGERAH DEKAN utk sem2 sesi 08/09…Amin

Mcm2 lg azam…tp biarlah rahsia…he3


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Posted by: mastura87 | December 30, 2008

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi…

*Nurkilan nie aku baca kat iluvislam…huhuh…
citernya leh tahan….enjy yr reading 😉

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

3070746891_04feff576d

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin. “Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.

3041129834_5fe946d55f

Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

tanpa pimpinanMu
aku akan hanyut
tak mengenal diri
gagal menilai
menjadi lemah

Engkaulah segalanya
tanpaMu siapalah aku

taubatku belum sempurna
bantulah aku
aku lemas dalam dosa
aku hina dengan noda
tiada lain yang ku harap
rahmat dan pengampunanMu
agar aku menjadi hamba
yang mengenalMu
dan mencintaiMu sepenuhnya.

Posted by: mastura87 | December 15, 2008

~al-lughatul arabiah~

Photobucket

smlm adik aku…de exam sek agama…darjah khas…sbjk arab…dia mintak tlg aku ajarkn dia…huhuhu…(jap2…dgr lagu Aiman : di pondok kecil ) 😉 …sbg kakak…xluak pun kongsi ilmu…lg pun tlg adik sndiri…aku pun dah lama xasah skill bhs Arab nie…dah berlapuk rasanya…dkt 4 thn aku tinggalkn semua buku2 Arab…tiba2 nak refresh blk…payah gak…bahasa Arab drjh khas nie…lbih kpd Arab Tinggi…payah la bg stdnt yg xde basic…sdaya upaya aku terangkn pd adik aku nie…dia xde basic Arab…so,byk maksud yg dia xthu…aku fhm…aku pun pernah alaminya…alhamdulillah…aku b’pluang bljr sbjk nie…5 thn aku bljr…sbjk Arab nie slh satu favor sbjk aku…dr form 1 til 3…aku amik Arab komunikasi…form 4 n 5…aku amik Arab Tinggi…byk kenangan time bljr…syukran… ustaz2 n ustazah2…yg curahkn sgala ilmu…xkenal erti jemu…byk bagi nasihat n tazkirah…ah…rindunya zaman sek…rindunya suasana hostel ASPURI…hidup d’menara gading xsama mcm d’sek…xde lg denda kalo lmbt…xde peraturan wajib g surau n solat jemaah…xde wajib mkn rasmi…d’menara gading…semua b’gantung s’penuhnya pd individu tue sndiri…individu tue lah yg pilih gaya hidup bgai mana yg dia inginkn…kalo t’lalu leka…kita akan hanyut…(mintak2 dijauhkan)…insya-Allah, sama2 kita usaha utk m’capai impian…man jada wa jada 🙂 …

B’balik pd citer sek drjh khas…lps abis exam…adik aku trus cari aku kat dapur…dia kata dia dpt jwb exam Arab…senang katanya…semua yg aku ajar kluar…alhamdulillah, kalo mcm tue…mudah2an dia dpt pangkat 1…(tibe2 igt zaman sek agama)…huhuhu…kalo xsilap aku…aku g sek drjh khas xsmpai 5 kali s’tahun…( gelak jht jap)…aku kan ddk hostel…so, kalo migu blk…aku sure xg drjh khas…hostel aku…kalo xde pe2 program…kitorg leh blk 2 migu skali…sek drjh khas plak…ari sabtu je…mesti korang ngah kira brp kali aku ponteng??…lum campur lg…ngan program sek ari sabtu n ari ponteng aku…huhuhu…mesti korang pikir aku nakal kn???…yolah, aku ngaku…ada  la ckit nakal…hahaha…nasib baik, time aku xkira kdtgn utk amik exam…mcm skg…kalo kdtgn xcukup…xleh amik exam…huhuhu…alhamdulillah…aku lulus cemerlang drjh khas…aku dpt pangkat 1 agregat 9 😉 …kena stdy hard…tebus blk kslhn aku ponteng…huhuhu…yg kelakarnya…time aku amik result…huhu…lps ustazah wish tahniah kat aku…dia tny aku…”awk nie kls saya ye?”…aku pun malu2 jwb…”a,a saya kls ustazah”…”ooo…patut la mcm prnh nmpk”…huhuhu…dlm sungguh mksd ayat tue 😉 ….

p/s: aku dah insaf…xnak ponteng2 lg…

Posted by: mastura87 | December 14, 2008

tibe2 je…hahaha

Nie antara lagu dlm Smiling Pasta…tajuknya…Tears from Polaris…sbnrnya idea nie dtg lps aku tgk citer nie ptg td…huhuhu…pd aku, lagu nie best…sedap d’dengar…huhuhu..pe2 je lah…layan je (Farah fauzana) 😉

Older Posts »

Categories