News

aaaac444b82

Ajar Sains, Matematik dalam BM – Rahman

p/s: isu nie…mmg hangat d’perkatakan…xabis2 lg…dr mula math n science d’ajar dlm BI…entah la…pada mas ada advantage n disadvantage…s’harusnya pihak b’kuasa mencari jln yg t’baik…kerna semuanya m’pengaruhi generasi yg bakal d’lahirkan kelak….

KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini.

Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan.

Calon OKU tekad capai kecemerlangan

pe_011

p/s: bila baca berita pasal nie…teringat subjek yg mas amik sem lepas…”learner diversity”…berguna gak bljr psl nie…sebagai bakal guru…kita kena tahu…xsemua stdnt dlm level yg sama…kita mesti lakukan adaptation utk stdnt with disabilities…supaya xde bias…thank you…DR HASNAH…byk tunjuk ajar yg diberikan…enjoy je class DR 😉

JOHOR BAHRU 11 Nov. – Lima calon orang kurang upaya (OKU) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Sultan Abu Bakar di sini, bermula hari ini, bertekad memperoleh kejayaan cemerlang.

Tiga daripada mereka mengalami cacat penglihatan, manakala dua lagi rabun.

Biarpun mengakui kekurangan diri, mereka seperti calon-calon normal yang lain turut berhasrat menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan selama ini.

Seorang calon yang cacat penglihatan, Mohd. Nazri Yacob, 18, berkata, dia sering berdoa semoga dorongan dan sokongan keluarga, guru-guru serta usaha gigihnya selama ini membuahkan hasil yang terbaik.

Menurutnya, kejayaan yang diimpikan itu kelak akan digunakan sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-cita menjadi seorang peguam.

“Semoga doa saya dimakbulkan. Peperiksaan hari ini merupakan langkah pertama untuk mencapai cita-cita berkenaan,” katanya yang mengalami cacat penglihatan ketika berusia lima tahun akibat pembedahan membuang ketumbuhan di dalam otak.

Mohd. Nazri berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk mengulang kaji pelajaran kerana sudah biasa menggunakan sistem braille, malah dia akan mengulang kaji selama empat jam sehari.

Bagaimanapun, anak ketiga daripada empat beradik itu lebih selesa mengulang kaji bersendirian kerana baginya adalah mudah merangka jadual sendiri.

Bagi N. Tanamala, 18, yang mengalami rabun tahap B2, dia menghadapi masalah ketika belajar di dalam kelas kerana tidak begitu nampak apa yang ditulis oleh guru di papan hitam.

Bagaimanapun, atas bantuan rakan-rakan, dia berjaya memahami apa yang diajar selain mengulang kaji pada waktu malam.

“Dalam banyak-banyak subjek, saya paling suka Sejarah biarpun ia sedikit susah,” katanya yang berhasrat menjadi guru Sejarah suatu hari nanti.

Kelima-lima sahabat ini merupakan antara 229 calon yang menduduki SPM di sekolah berkenaan pada tahun ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: